Wednesday, March 10, 2010

aLqisah.... Imam Abu Hanifah dengan buktinya....



Pada suatu hari, Imam Abu Hanifah disoal oleh orang kafir berkaitan bukti kewujudan tuhan. Beliau lantas menjawab soalan itu pada sebelah petang di sebuah pulau.
Pada petang itu, orang kafir itu berada di pulau itu pada masa yang dijanjikan. Namun, Imam Abu Hanifah masih belum sampai lagi.

Apabila Imam Abu Hanifah tiba di hadapan orang kafir itu, dia terus menuduh beliau dengan menyatakan keburukan orang islam yang mengaku agama yang mulia tetapi penganutnya tidak tahu menepati masa.
Imam Abu Hanifah menerangkan sebab beliau terlewat. Beliau tidak menemui sebarang perahu atau sampan yang membolehkannya menyeberangi sungai tadi. Sedang berfikir cara menyelesaikan masalah itu, beliau terlihat sebatang pokok tumbang secara tiba-tiba.

Batang pokok itu tiba-tiba membelah menjadi kepingan dan kemudian tersusun sendiri menghasilkan sebuah perahu. Imam Abu Hanifah pun menggunakan perahu tersebut untuk menyeberangi sungai.
Orang kafir dan sekalian yang mendengar perbualan mereka lantas ketawa berdekah-dekah mengejek cerita Imam Abu Hanifah. Mana mungkin perahu dapat terjadi sendiri, katanya.

“Engkau tidak percaya ceritaku?” soal Imam Abu Hanifah. 

“bagaimana pula aku mampu mempercayai ceritamu yang Tuhan itu tiada dan alam semesta ini terjadi sendiri, sedangkan kewujudan perahu dengan sendirinya pun engkau tidak percaya? Mana yang lebih mudah, mencipta perahu ataupun bumi, langit dan alam segala isinya?”

Orang kafir itu terdiam mengetahui dia terperangkap dengan tingkah lakunya sendiri.


Renung-renungkan dan selamat beramal…

Sunday, March 7, 2010

aku meriNduiMu ayahbonda....







mak, abah,,, terlalu besar pengorbananmu untuk mendidik anak-anakmu sehingga kami berjaya...

mak, abah, sayu hati ini melihat kau begitu kuat bekerja demi sesuap nasi untuk anak-anak...

mak, abah, di kesempatan ini anakmu memohon jutaan kemaaafan andai diri ini tidak mampu membuatmu bangga menjadi ayahbonda kepadaku...

mak, abah, betapa aku merindui belaian tanganmu... memujuk aku dikala kesedihan, menguatkanku dikala aku lemah,,

mak, abah, tiada kata yang mampu ku ucapkan untuk menyatakan cinta kasihku padamu...

ku berdoa agar ALLAH menghimpunkan kita sekelurga di dalam JannahNya kelak...

ayahbonda tercinta, terimalah lagu ini sebagai tanda kasihku kepada kalian:

Permata Ayah Bonda



Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
C/O
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
C/O
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
C/O
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda…

adeq:mak abah, tunggu nana balik ea... sayang mak abah selalu!!!

aku iNgiN...






Aku ingin menjadi ABU BAKAR, menjalin setia sebuah persahabatan,
sebagai UMAR berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka.

Seteguh IBNU ZUBAIR yang setia menahan HAJJAJ,
Bersama si ibu tua lantas mati dalam dakapan sejarah
Seteguh pemuda GHIFFAR menentang kezaliman walaupun diancam

Aku ingin menyulam kerendahan hati YUSUF, 
Yang memaafkan saudaranya
Walau bertemankan kegelapan perigi tua…

serta tawakkal IBRAHIM,
ketika meninggalkan insan tercinta di bumi tandus tanpa bicara…

iNgin ku semai benih IMAM AL-BANNA,
yang merelakan tubuhnya dimamah peluru…

serta senyuman AL-QUTB ketika berdepan dengan tali maut,
Lantas terukir keharuman di pusaraku,
Bagai harumnya pusara ashabul Ukhdud….

Titipan cinta kasih buat sahabat-sahabat yang disayangi,

Ingatlah... setinggi-tinggi ukhuwah ialah berlapang dada & serendah-rendah ukhuwah ialah bersangka baik… 

suburkan husnuzzhoN pada Yang Maha Esa…
siapakah kita untuk sombong dan mendabik dada di muka bumi ini… 

setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya... bersyukur dengan keluasan rahmat ALLAH... sepertimana hadis qudsi:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, 'Rahmat-Ku mendahului murka-Ku' ". -riwayat Muslim- 

 
akhir bicara, terimalah ayat-ayat cinta dari Yang Maha Agung… sebagai peringatan bersama…

“dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri….”
Surah Luqman Ayat 18

Wallahua’lam…