Friday, October 22, 2010

kalam jameel.... (^-^)

Ya Allah, jadikan aku alat kasih-Mu,
di mana ada benci-biarkan aku menebarkan cinta,
di mana ada hati-hati terluka- biarkan aku jadi penghibur,
di mana ada keraguan- biarkan aku menebar keyakinan,
di mana ada putus asa-biarkan aku menebarkan harapan,
di mana ada kesedihan-biarkan aku berkongsi bahagia,
di mana ada kegelapan-biarkan aku memancarkan cahaya...


bersamalah kita menebarkan kasih sayang sesama kita, moga dengan nya Allah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya melimpahkan rahmat bagi hamba-hamba-Nya yang penuh berharap...
semoga dengan akal yang dikurniakan oleh-Nya, kita mampu membezakan kasih sayang yang boleh meraih redha Allah...

amin....

Thursday, October 7, 2010

bekalan di dalam PERJALANAN DAKWAH

Imam Hassan Al-Banna berpesan:

"sesungguhnya zaman akan melahirkan peristiwa yang besar-besar dan peluang akan terbuka untuk membuat kerja-kerja yang besar, dan sesungguhnya dunia menunggu seruan dakwah kamu, dakwah dan seruan hidayah, kejayaan dan keselamatan supaya membebaskan bumi ini dari segala penderitaan yang mencengkamnya sesungguhnya tibalah giliran kamu untuk memimpin umat manusia, mengetuai bangsa-bangsa manusia dan
hari-hari kemenangan itu digilirkan bagi manusia 
(menurut usaha dan kesungguhan masing-masing)
kamu mengharapkan dari Allah sedangkan mereka tidak. oleh itu  
bersedialah dan bekerjalah dari sekarang  
kerana dengan bertangguh ke hari esok hanya akan melemahkan kamu"