Friday, April 1, 2011

ubatan hakiki....

Ubatan Hakiki

Allah hu ya Allah ya Allah
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah 
Tenang-tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yg ada banyak diinfak 
Zikir pula jgnlah putus

Jangan sekali berputus asa 
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan akan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yg Esa
Jangan sampai mensyirikanNya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kafarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah...

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu 
Bangunkan hati penuh yakin 
Sakit dan sihat dari yang Satu
 
 
 
air mata mengalir deras tatkala mendengar lagu ini....

Ya Allah, ampunkan dosaku... kuatkan aku di jalan Mu ini... tiada aku diuji melainkan ini tanda kecintaan Mu terhadapku, hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan dosa yang mungkin dilakukan dengan sedar @ tanpa sedar....

terima kasih kepada rombongan adik-adik yang sudi melawat kak yana di bilik...

maaf atas deraian air mata, itu bukanlah menandakan kak yana lemah, cuma kak yana rindu untuk terus berjuang bersama adik-adik, namun kesihatan kurang mengizinkan.... doakan kak yana terus dikurniakan kekuatan, k.yana syg adik-adik, syg sgt....!

terima kasih atas segalanya...

teruskan perjuangan adinda-adinda mujahidah Ad-deen....

sakit dan sihat dari Yang Esa....

rindu kita bertaut kerana SATU AQIDAH, SATU PERJUANGAN, SATU MATLAMAT,,,


teringat doa adik-adik di akhir pertemuan:

"rodhina billahi rabba, wa bil islami dina, wa bi Muhammadin nabiyya wa rasula,,, "

terlalu banyak hikmah atas ujian ini.... syukur pada Mu ya Rabbi...

hamba rindu untuk beribadah dengan penuh taqwa kepadaMu, kurniakan hamba kesempatan untuk menjadi hamba yang MUTTAQIN, kurniakan hamba peluang untuk merasai HALAWATUL IMAN.... amin...


wassalam....


nikmatnya sakit.... (^-^)

alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah....

25 Mac 2011- masuk wad tanpa disangka-sangka...

26 Mac 2011- masih di wad, dengan tahap kesihatan yang belum dapat dipastikan...

27 Mac 2011- doktor ambil darah untuk kali ke 3, sebelum tu dia ade ckp satu kata-kata yang amat mendebarkan jantung ku " awak disyaki TIBI..."... hanya Allah yang tahu, cepat2 istighfar dan baca doa pendinding...

28 Mac 2011- doktor tgk x-ray paru-paru, dia gelakkan kite, die ingat kite bdk sekolah rendah... xpela, sy pn ckpla, "i'm trainee teacher...." huhu... dktr cek pernfsn, dy geleng2 sambil ckp omputih, die kate " she is too young to get pneumonia......" fuh!

29 Mac 2011-dktr cek lg, dy UP kan nebulizer 4 hourly.... go to chest clinic, doing some examination about respiratory system, make one more x-ray for her lung... look for the improvement...

30 Mac 2011- sahabat-sahabat dtg melawat, mendoakan dan menguatkan semangatku untuk terus tabah menghadapi dugaan... ada yang kata, esok boleh balik dah, dalam hati kata "amiiinnnn...." mmg nak balik pun... huuu...

31 Mac 2011- pg yg sgt bahagia, dktr check x-ray kali ke 2, dktr dengar sistem pernafasan, she look more fresh and better today,, the sound of her respiratory system also clear... 5 org dktr berdiri depan mata, sorg dktr cina senyum, dktr india pun senyum, kite pun bls la senyuman.... dktr kata"nak balik la tu...".. mujur ade nurse yg menyokong,"mestilah nak balik..." TQ nurse...ILOVEU!... then, dktr kata, "OK! u boleh discharge hari ni..."... kite pun tersenyum lebar......... dlm hati menjerit "ALHAMDULILLAH......"

begitulah, seminggu di wad 6, katil 23 di Hospital Seberang Jaya, seorang insan bertubuh kecil telah ditahan kerana menghidap penyakit pneumonia(paru-paru berkuman).....

ujian darinya di kala sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk berpraktikum, dia berpraktikum di hospital.... bersyukur ats segalanya... Allah Maha Pengasih dan Penyayang....

teringat kata-kata seorang sahabat, Kak Hawa Jamilah bt Hasani:

biar kita tak sehebat orang lain berjuang,
tetapi kita kuat dan tabah menghadapi ujian kesakitan....

syukur, ALLAH pilih Norliyana Ishak untuk diuji... tidur setiap malam bertemankan batuk yang teruk, menyesakkan dada,,, namun, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dengan pinjaman nikmat dari Nya.... setiap kali ubat ditelan, pening kepala pun dtg, kdgkala menyebabkan terkeluarnya nasi yang hanya 3 suap dijamah... bersyukur kerana masih mampu untuk makan dan ada makanan untuk dijamah...

terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat yang membantu semenjak saya mula sakit, sedang sakit, setelah pulang dari hospital dan meneruskan lawatan di wad Ceria 2/1.... doa kalian merupakan penguat semangat saya dan juga keberkatan Baginda nabi S.A.W menjadi asbab pulihnya saya dari kesakitan... saya tidak mampu untuk membalasnya, sy serahkan segalanya pada Rabbul Jalil....

terlalu banyak untuk dikongsi tapi rasa sakit dtg menjenguk lagi memaksa diri utuk berhenti...
semoga kita berjumpa lagi... sekian, terima kasih....