Wednesday, June 23, 2010

POHON YANG BAIK...

Alhamdulillah 'ala kulli hal wa astagfirullah min kulli zanbin....
segala puji bagi Allah atas segala hal, dan aku memohon ampun atas segala dosa... amin...


11:17 PM, 22 Jun 2010, 9 Rejab 1431..

belum ngantuk... tersentuhnya hati mendengar mutiara2 hikmah yang sy dpt sepanjang menonton siaran HALAQAH SENTUHAN QALBU bertajuk 'Pohon Hidup'... tp, terasa rugi la jugak sebab 30 minit terakhir baru tergerak hati nak on siaran tv9...
alhamdulillah, dpt jugak kan... bersyukur... (^-^)

Sedikit perkongsian yg merupakan nasihat yg disampaikan oleh Sahibus Samahah Dr Haji Harussani Zakaria (mufti negeri Perak):

Nabi S.A.W berpesan kepada umatnya;

"hayatilah 4 pesanan ini yang lebih baik dari seluruh dunia dan isinya; 

(1) perteguhkanlah bahtera kehidupanmu, ketahuilah bahawa lautan yang akan kau redahi adalah terlalu dalam,

(2) perbanyakkanlah bekalanmu, sesungguhnya perjalanan ini adalah sangat panjang,

(3) ringankanlah bebanan di belakang badanmu, sedarilah bahawa gunung yang akan kau daki adalah teramat curam,

(4) Ikhlaskanlah dalam setiap amal yang engkau lakukan, sentiasalah SEDAR bahawa yang memeriksa dan menerima amalanmu adalah sangat teliti lagi maha halus... Dia Maha Mengetahui sedangkan engkau tidak mengetahui....

rujuk QS 27:74 "dan sungguh, Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan"

SubhanAllah, penuh hikmah, mudah difahami dan ada rahsia yang perlu kita sama-sama cari dan amalkan dalam meneruskan perjalanan seorang pengembara di dunia yang fana ini...

Pohon Hidup??? sekali pandang tajuk ni, apa yg terlintas dlm fikiran shbt2? Subhanallah, pohon hidup ini merupakan perumpaan terhadap aqidah yang tertanam dalam diri kita... kalimatan toyyibah(kalimah yg baik) iaitu kalimah LAILAHA ILLALLAH... segala ucapan amar ma'ruf nahi mungkar juga termasuk dlm kalimah yg baik... berapa kali agaknya dalam sehari kita siram hati dan jiwa kita dengan haruman zikir, wangian istighfar, siraman keikhlasan demi mendapat dan menumbuhkan pohon aqidah yang kukuh lagi subur...?

seringkali kita make-up fizikal kita, pakaian nak kena up to-date, risau org kata kite ni ketinggalan... TAPI, jrg sekali kite make-up rohani kite, sebab ape??? sebab rohani ni suatu yang kite xdpt nak lihat dan nilai dengan mata kasar, NAMUN mata hati yang bersih boleh menembusi dan merasainya...

seseorang yang bersih jiwa, kuat aqidah, teguh keimanannya mampu memberi aura yang terkadang boleh membuatkan org yang melihatnya terkedu dan terpaku... SUBHANALLAH, disitulah terletaknya 'izzah seseorang di atas dasar keislaman, keimanan dan ketaqwaannya.. berasaskan apa ya?? sudah pasti POHON AQIDAH YANG HIDUP SUBUR...

saya berikan satu analogi, andaikata kita melihat pokok bunga yang layu di dalam sebuah pasu, adakah kita akan menyalahkan pokok berkenaan yang tidak pandai menjaga diri sendiri??? sudah tentu tidak...! tuan kpd si pokok bunga itu lah yang sepatutnya memberikan air, menyemai baja, menggembur tanah agar pokok bunga yang telah ditanam itu tumbuh subur dan menyenangkan setiap mata yang memandang...

Nah...! begitu juga dgn iman & aqidah kita yang telah tertanam... sudah tentu kita yang perlu berusaha menyuburkannya... adakah dengan berdiam diri?? atau menunggu org lain?? yang bulat takkan dtg bergolek, yg pipih takkan dtg melayang... fikir2 kanlah...

ayuh saudaraku,,, suburkan taman rohanimu, sehingga mampu menyebarkan haruman mahmudah yang bukan shj menyenangkan kita, bahkan org di sekeliling kita... natijahnya bagaimana ya?? kebahagiaan dunia, kesejahteraan akhirat... insya'Allah...


ALLAH berfirman;

"tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yg baik seperti POHON YG BAIK, AKARNYA KUAT DAN CABANGNYA MENJULANG KE LANGIT..."

                                                                                             QS 14:24 (SURAH IBRAHIM)


jadilah pohon yang rendang, tempat berteduh insan yang memerlukan,
jadilah pohon yang mengeluarkan buah-buahan yg baik, bermanfaat bagi semua insan,
dan jadilah pohon yang mempunyai akar yang subur dan tunjang, tahan segala ujian...

moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua...
mohon maaf terlanjur kata, tersalah bicara, tersimpang makna...
moga kita semua dalam redha-Nya... bersama-sama berpimpin tangan menuju jannah-Nya... moga hati ini bertaut dalam mawaddah-Nya... Amin...

No comments: