Friday, April 1, 2011

ubatan hakiki....

Ubatan Hakiki

Allah hu ya Allah ya Allah
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu

Dari rasa hati gelisah 
Tenang-tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah

Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yg ada banyak diinfak 
Zikir pula jgnlah putus

Jangan sekali berputus asa 
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan akan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'

Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga

Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yg Esa
Jangan sampai mensyirikanNya
Dengan amalan yang diada-ada

Ubatan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kafarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah...

Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu 
Bangunkan hati penuh yakin 
Sakit dan sihat dari yang Satu
 
 
 
air mata mengalir deras tatkala mendengar lagu ini....

Ya Allah, ampunkan dosaku... kuatkan aku di jalan Mu ini... tiada aku diuji melainkan ini tanda kecintaan Mu terhadapku, hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan dosa yang mungkin dilakukan dengan sedar @ tanpa sedar....

terima kasih kepada rombongan adik-adik yang sudi melawat kak yana di bilik...

maaf atas deraian air mata, itu bukanlah menandakan kak yana lemah, cuma kak yana rindu untuk terus berjuang bersama adik-adik, namun kesihatan kurang mengizinkan.... doakan kak yana terus dikurniakan kekuatan, k.yana syg adik-adik, syg sgt....!

terima kasih atas segalanya...

teruskan perjuangan adinda-adinda mujahidah Ad-deen....

sakit dan sihat dari Yang Esa....

rindu kita bertaut kerana SATU AQIDAH, SATU PERJUANGAN, SATU MATLAMAT,,,


teringat doa adik-adik di akhir pertemuan:

"rodhina billahi rabba, wa bil islami dina, wa bi Muhammadin nabiyya wa rasula,,, "

terlalu banyak hikmah atas ujian ini.... syukur pada Mu ya Rabbi...

hamba rindu untuk beribadah dengan penuh taqwa kepadaMu, kurniakan hamba kesempatan untuk menjadi hamba yang MUTTAQIN, kurniakan hamba peluang untuk merasai HALAWATUL IMAN.... amin...


wassalam....


1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah, kak yana dah semakin sihat, rindu dengan taujihad yg menjadi wasilah tarbiyah dari ilahi, sayang kak yana jugak, kak yana menjadi murabbi yg mendidik dr hati ke hati, insyaAllah,