Thursday, July 28, 2011

kepenatan yang indah...

alhamdulillah, hampir tamat minggu ke 4 berada di sekolah permatang janggus, penaga....

isnin; 25/7/2011...
minggu depan, hari selasa(2/8/2011) ada majlis sambutan ambang ramadhan...

lama dah fikir nak tubuhkan team qasidah kat sekolah.

mampu ke?

fikir. fikir. dan fikir...

em, mengambil peluang dan keprcayaan yang diberikan oleh GPK koko utk tubuhkan team nasyid, kami pun mengerah kudrat seorang serikandi untuk menubuhkan team qasidah yang terdiri daripada murid2 tahun 5 yang amat 'menenangkan hati...'... huuu... walaupun kamu 'baik sangat', ustzh tetap sayang... (^-^)

hari isnin, seramai 10 org mendftrkan diri...

"xcukup org ni.." em.... cmne ea...

hari selasa, mulalah latihan... nasyid hasbi rabbi, pilih solo, qasidah assalamualaik...
tapi, diorg susah nak dpt rentak assalamualaik... em,, ustzh nye pun berfikir lagi,,,

tukar qasidah la... belek2 buku qasidah. alhamdulillah, qasidah burdah munajat...

ya rabbi bil musthafa, balligh maqosidaanaa, waghfirlana ma madha ya wasi'al karami...

amiin ya rabb...

anak-anak ni mudah mengikut rentak qasidah yang baru, alhamdulillah...

waktu latihan, ustzh p beli kismis dan air botol.... setiap sorang ambil 3 biji kismis, selawat 7x dan makan kismis tu... dengan doa supaya mudah mengingat dan apa yang dibaca meresap ke dalam jiwa anak2 yang bersih dan suci ini...

Ya Allah, kau berkatilah kami, kerana kami berkumpul demi mengingati Mu dan memuji kekasih Mu... kau bukakanlah hati anak2 ini supaya mudah menerima ilmu mu yang sangat luas....

habis latihan, turun tangga dengan alunan qasidah di bibir2 mereka... Ya Allah, indah dan nikmatnya keletihan ini... (^-^)

setiap hari datang sekolah, pertanyaan yang wajib dijawab pada minggu ini " ustazah, bila latihan nasyid...?"...

ustazah pun senyum. senyum. dan senyum.

ustazah jawab, " sabar..." (^-^)

indah. tak terungkap dengan kata-kata....

"ustazah kalu berlatih sampai pukul 8 mlm pun xpe...!"

ustazah pun senyum lagi... (^-^)

xtahu kenapa nak tulis entry ni, cumanya nak bagitahu keletihan ini sangat indah...!

sekian, ilal liqa' wa massalamah...

No comments: