Sunday, March 7, 2010

aku iNgiN...






Aku ingin menjadi ABU BAKAR, menjalin setia sebuah persahabatan,
sebagai UMAR berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka.

Seteguh IBNU ZUBAIR yang setia menahan HAJJAJ,
Bersama si ibu tua lantas mati dalam dakapan sejarah
Seteguh pemuda GHIFFAR menentang kezaliman walaupun diancam

Aku ingin menyulam kerendahan hati YUSUF, 
Yang memaafkan saudaranya
Walau bertemankan kegelapan perigi tua…

serta tawakkal IBRAHIM,
ketika meninggalkan insan tercinta di bumi tandus tanpa bicara…

iNgin ku semai benih IMAM AL-BANNA,
yang merelakan tubuhnya dimamah peluru…

serta senyuman AL-QUTB ketika berdepan dengan tali maut,
Lantas terukir keharuman di pusaraku,
Bagai harumnya pusara ashabul Ukhdud….

Titipan cinta kasih buat sahabat-sahabat yang disayangi,

Ingatlah... setinggi-tinggi ukhuwah ialah berlapang dada & serendah-rendah ukhuwah ialah bersangka baik… 

suburkan husnuzzhoN pada Yang Maha Esa…
siapakah kita untuk sombong dan mendabik dada di muka bumi ini… 

setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya... bersyukur dengan keluasan rahmat ALLAH... sepertimana hadis qudsi:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, 'Rahmat-Ku mendahului murka-Ku' ". -riwayat Muslim- 

 
akhir bicara, terimalah ayat-ayat cinta dari Yang Maha Agung… sebagai peringatan bersama…

“dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri….”
Surah Luqman Ayat 18

Wallahua’lam…

No comments: