Monday, April 19, 2010

Wa iza maridtu fahuwa yashfiiiN...



alhamdulillah, aku dipilih sekali lagi untuk diuji... alhamdulillah, Allah titipkan aku nikmat kesabaran ketika diuji... alhamdulillah, aku punya sahabat-sahabat yang sentiasa membantu saat aku diuji... alhamdulillah, aku bersyukur padamu Ya Allah...

text message received,18-APR-2010, 23:51, bunyi arab daa, hehe:


لعل الله يؤتيك رحمة ورعاية وشفأ مرضك ما دام استقرارك في حفظ دينه



aku tidaklah arif tentang maksudnya tetapi apa yang dapat disimpulkan dari hati yang kecil ini adalah doa tulus dari seorang sahabat yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan untukku...

text message received, 19-APR-2010, 06:54, bunyi melayu... hehe:

'dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuaNgaN yg kdgkaLa menggoda iMaN kita untuk trus berdiri, kdg shbt x sehaluan, kdg cemerlang gagal dicapai, kdg SAKIT mendatang... namun, itulah yang harus di hadapi, lumrah kehidupan ... kita tidak boleh SELAMANYA BERADA DALAM KEADAAN YG SELESA...'

sungguh benar apa yg diperkatakan, kdgkala nikmat itu perlu ditarik supaya kita tidak leka dengan kehidupan yg selesa... sesungguhnya ujian sihat itu lebih hebat berbanding ujian sakit... berapa ramai manusia yg dapat ingat ALLAH ketika sihatnya... astaghfirullah... sama-sama muhasabah diri...

aku menelefon ayahbonda tersayang, bertanya khabar sambil mengkhabarkan keadaan diri... seperti yang telah aku jangkakan, mutiara kata bonda yang sekian lama ku rindui menjadi halwa telinga pengubat resah hati ini... sungguh! aku rindu kemesraan bersama keluarga... sungguh! aku rindu!!!

selautan cinta dan terima ksih buat sahabat-sahabat yang sedia, sudi dan sentiasa membantu tatkala diri ini lemah... kepada shbt2 yg mengirimkan doa untuk kesihatan dan ke'afiatan diri ini, aku juga memohon kebaikan doa itu kembali kepada org yg mendoakan,, semoga sama2 m'dpt percikan barakah Baginda Nabi SAW...

buat tatapan semua, hayatilah....:

daLam dErita ada bahagia,
daLam gembira mungkin terseLit duka,
tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu...

bibir mudah mengucap sabar,
tapi hatilah yang remuk menderita,
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran...

segala takdir terimalah dengan hati terbuka,
walau tersiksa ada hikmahnya....

harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma,
itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa...

diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Nya...

ALLAH rindu mendengarkan, rintihanMu berpanjangan,
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi,
maka bersyukurlah selalu....

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL, WA ASTAGHFIRULLAH MIN KULLI ZANB...

SALAM 1 UKHUWAH, 1 HATI DAN 1 FIKRAH...

1 comment:

Anonymous said...

salam ziarah ya ukhtie-
ingatlah Allah berfirman dalam surah al-insyirah
" maka bersamnya kesulitan ada kemudahan "

moga tsabat dalam perjuangan
asif tak sempat ziarah ke bilik- tp dah bertemu di surau kan heehehe