Tuesday, November 16, 2010

OFFLINE dgn SYAITAN...

IBLIS???!

kenalkah anda dengan iblis???

kalau kenal, kenal dengan sebenar-benarnya ataupun tidak?

iblis. telah wujud sebelum terciptanya ayahanda manusia seluruhnya iaitu Nabi Adam alaihissalam...

dulu, namanya azazil. taat kepada Allah. wajahnya indah dan bercahaya.

kenapa namanya bertukar??! Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 34:



" dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, 'sujudlah kamu kepada Adam!'

Maka mereka pun sujud kecuali iblis. ia menolak dan menymbongkan diri dan ia termasuk dalam golongan kafir".
Al-Baqarah ayat 34



lantaran kesombongannya itu, Allah murka kepadanya. Allah menghalaunya keluar dari syurga dan mengubah wajahnya kepada rupa yang amat hodoh dan menakutkan...



azazil bertukar nama kepada IBLIS yang bermaksudsuka memberontak @ derhaka... maka, muhasabahlah diri jika sifat-sifat ini ada dalam diri kita... bersama-sama kita mengubahnya...



jadilah hamba yang taat dan tunduk kepada perintah Allah Yang Maha Agung...



KETURUNAN IBLIS
iblis berkembang biak menghasilkan 5 keturunan, iaitu:



Tsabar

kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu TERGAMAK MENYALAHKAN TUHAN.



Dasim

kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai berai.



Al-A'war

kerjanya menghasut manusia supaya berzina. misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.



Miswath

kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menaburkan fitnah.



Zaknabur

zaknabur menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat beli belah. kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.





ibils pun buat pembahagian tugas dan mereka tidak pernah putus asa... bagi mereka, sekali gagal, bukan bererti gagal selamanya....

bayangkan betapa ramainya tentera iblis,,, Allah memanjangkan umurnya sehingga hari kebangkitan...
demi, MENYESATKAN UMAT MANUSIA...!



sedarlah muslimin dan muslimat, jgn biarkan diri anda mengikut dan tunduk dengan telunjuk nafsu syaitan.... birakan nafsu anda yang tunduk kepada anda...



dirawikan dari Umar bin Abdul Aziz r.a dia berkata , " sebahagian mereka meminta Tuhannya agar diberitahu tempat syaitan di hati manusia. lalu dia melihat di dalam mimpi bahagian dalam jasad seorang lelaki. dia melihat syaitan dalam bentuk katak duduk di atas bahu kirinya. dari situ syaitan memasukkan belalainya ke dalam hati lelaki tersebut dan mengusik hatinya. manakala lelaki itu berzikir , maka mengecillah belalai itu. Ya Allah, jgnlah engkau kuasakan syaitan mengusai manusia dan menghasut kami. tolonglah kami untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu demi keagungan dan kemuliaan Nabi-Mu SAW...





JOM, OFFLINE DGN SYAITAN...



WALLAHUA'LAM....

No comments: