Saturday, November 6, 2010

oh...! begitu rupenye...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

alhamdulillah, selesai sesi kuliah DS bertarikh 6 Nov '10...

hari ni kami dimaklumkan bhwa anak perempuan dan menantu Tn Guru Haron Din akan memberikan pengisian...

tajuk 1: Pengenalan ANATOMI dan FISIOLOGI... (Dr Azlin-suami Dr Huda)
tajuk 2 : punca-punca penyakit... (Dr Huda-isteri Dr Azlin) hehehe...

nampak cam amek medik kan...???

menarik...!sgt menarik...! sebab kedua-dua doktor mengaitkan SAINS dgn AL-QUR'AN... tidak dinafikan sememangnya ia berkait rapat TETAPI pendidikan SEKULAR telah mengasingkan kedua-duanya menjadi unsur yang terpisah... jauh dan semakin jauh...

nak kongsi byk benda tp xtahu cmana nak susun... aduh!! mmg lemah bab mengorganisasi tapi masih boleh diperbaiki... FIGHT OUH!!!

PERTAMA: tentang KULIT...

     sungguh, orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan kami masukkan ke dalam api neraka. setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab.
Sungguh, Allah mahaperkasa, mahabijaksana. -Surah An-Nisa' ayat 56-


menurut perubatan, kulit yang sudah terbakar hangus(3rd stage) tidak akan merasa sakit lagi kerana deria sakit sudah tidak lagi berfungsi... nampak tak kaitannya dengan ayat di atas??? saya ingin meninggalkan persoalan disini supaya sahabat-sahabat membuka minda dan berfikir... teruskan berfikir kerana akal yang Allah beri adalah F.O.C... semoga usaha sahabat2 berfikir dikira sebagai ibadah...


KEDUA: tentang NYAMUK BETINA...

minda kita telah diserapkan dan dimomokkan dengan kajian yang kononnya telah dijalankan bertahun-tahun oleh saintis dan ilmuwan barat tentang penyakit-penyakit yang disebarkan oleh agen NYAMUK... sebagai contoh, Malaria, Denggi dan sebagainya... antara yang dapat saya sebut ialah Sir Ronald Ross yang membuat kajian tentang penyakit Malaria yang telah menyebabkan kadar kematian ketika itu meningkat....
dan akhirnya, kajian beliau telah mengangkat beliau untuk menerima anugerah Nobel 1902... Antara usahanya ialah mengenai Malaria, bagaimana penyakit ini memasuki organisme... bagaimana???! YA! melalui NYAMUK BETINA(ANOPHELES)... jgn bagi nama anak taw... name nyamuk ni... hehe


hakikat ini juga telah dinyatakan dalam AL-QUR'AN lebih dari 1400 tahun yang lalu...

Qs. 2 Baqarah:26 Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka,tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.


 
kalau kite tgk ayat AQ, kalimah ba'udhotan merujuk kepada nyamuk betina kerana adanya "tan" yang merupakan ta' ta'nis(merujuk kepada mu'annas).... nah!!! kan Allah dah nyatakan dalam kalam Nya yang suci.... Dalam AQ sebut tapi manusia tetap makhluk yang suka membantah... rujuk Surah Al-Kahfi ayat 54... moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka... amiiin...
 
semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada insan yang membaca... barakallah...
 
FASTABIQUL KHAIRAT....
 
MARDHATILLAH TUJUAN PASTI...
 
amin...

1 comment:

Nurul Hana Daud said...

wah!
sgt bersemangat.
baru balik je
dah terus tulis.hehe